Info &
Objektif

Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas MSS Kali Ke-5 Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026

Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas MSS Kali Ke-5 Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026 merupakan program untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) di bawah penganjuran Sektor Pendidikan Khas (SPK), Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Pejabat Pendidikan Daerah Daro dan Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei telah diamanahkan untuk mengelola dengan kerjasama SMK Belawai, sekolah kelompok Zon Tanjung Manis dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Belawai.

Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas MSS Kali Ke-5 Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026 dianjurkan untuk memilih atlet yang akan mewakili negeri ke kejohanan yang lebih besar dan berprestij di peringkat kebangsaan dan seterusnya mewakili negara ke peringkat lebih tinggi. Justeru, program ini seharusnya menjadi medan dan medium pelengkap dalam memastikan MBPK dapat berdikari dan meningkatkan kualiti modal insan dalam menjalani kehidupan sebenar serta menyemai semangat bermasyarakat dan berbakti kepada negara.

Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas MSS Kali Ke-5 Peringkat Negeri Sarawak 2026 ini mempunyai beberapa objektif seperti berikut:
  • Menyediakan peluang kepada murid-murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) menunjukkan bakat serta potensi dalam acara Merentas Desa.
  • Mewujudkan semangat daya saing yang sihat dalam kalangan MBPK.
  • Mengimbangi peluang pendidikan menerusi aspek daya tahan rohani, mental dan fizikal.
  • Melahirkan insan yang berdisiplin, berwibawa dan mempunyai jati diri yang tinggi.
  • Menyediakan atlet Merentas Desa sebagai penyumbang (feeder) kepada Cawangan Paralimpik, Majlis Sukan Negara dan Majlis Paralimpik Malaysia untuk dilatih dan digilap sebagai atlet negara bagi mewakili negara dalam pertandingan di peringkat antarabangsa .
  • Meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kebolehan serta kemampuan murid berkeperluan pendidikan khas dalam bidang Merentas Desa.
  • Mewujudkan kolaborasi serta kerjasama pihak-pihak tertentu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan program pendidikan khas di samping memberi ruang dan peluang kepada semua pihak memainkan peranan dan tanggungjawab sosial dalam masyarakat.

Lelaki & Perempuan (Bawah 12, 15, 19 Tahun)
Pertandingan akan dijalankan secara individu dan berpasukan.
Setiap pasukan/ daerah dibenarkan menghantar maksimum 5 peserta bagi setiap kategori.

Sasaran Penyertaan
Murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (BP), Ketidakupayaan Penglihatan (BL), Ketidakupayaan Anggota Badan (CP) dan Ketidakupayaan Pendengaran (BD) dari sekolah rendah dan menengah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Program Pendidikan Inklusif (PPI) dan Sekolah Pendidikan Khas (SPK) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Kata Alu-Aluan

Ucapan & Mesej

Seuntai kata daripada para pemimpin

Encik Mohd Yusri Azhar bin Abdullah @ Leo Takip
Pegawai Pendidikan Daerah Daro
Encik Mohd Yusri Azhar bin Abdullah @ Leo Takip
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas (KMDPK) Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada jawatankuasa pengelola, khususnya warga SMK Belawai, atas kesediaan dan komitmen yang jitu dalam menggalas tanggungjawab sebagai tuan rumah bagi edisi kali ini.

Kejohanan KMDPK bukan sekadar satu aktiviti sukan tahunan, malah ia merupakan wadah penting dalam usaha memperkasakan potensi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK). Melalui aktiviti lasak seperti merentas desa, kita bukan sahaja menguji ketahanan fizikal mereka, tetapi juga memupuk nilai disiplin, keberanian, dan jati diri yang tinggi. Hal ini selaras dengan aspirasi Pendidikan Manusiawi yang memastikan tiada murid yang terpinggir daripada arus pembangunan bakat dan potensi.

Kepada semua atlet yang datang dari segenap pelosok Bumi Kenyalang, saya ucapkan selamat bertanding. Semangat juang yang anda pamerkan di garisan permulaan hari ini adalah bukti bahawa keterbatasan bukanlah penghalang untuk mencapai kecemerlangan. Jadikanlah kejohanan ini sebagai medan untuk membina ukhuwah dan menyemarakkan semangat kesukanan yang tinggi.

Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Pejabat Pendidikan Daerah Daro, rakan-rakan strategik, para guru, dan ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan padu terhadap program pendidikan khas. Semoga usaha murni ini diberkati dan menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan MBPK di masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

“SEPAKAT DARO HEBAT” “SARAWAK FIRST”
YBrs. Encik Omar bin Mahli
Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak
YBrs. Encik Omar bin Mahli
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Sarawakku Sayang dan Salam Malaysia MADANI.

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas (KMDPK) Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026 dapat diselenggarakan dengan penuh gilang-gemilang. Saya ingin menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Pejabat Pendidikan Daerah Daro dan SMK Belawai selaku jawatankuasa pengelola atas dedikasi luar biasa dalam menjayakan kejohanan yang bermakna ini.

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak sentiasa komited dalam menyediakan akses pendidikan yang saksama dan berkualiti, termasuk melalui aktiviti kokurikulum bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK). Kejohanan Merentas Desa ini merupakan manifestasi jelas bahawa setiap anak didik kita, tanpa mengira latar belakang atau upaya, mempunyai ruang dan peluang untuk menyerlahkan potensi diri serta membuktikan kemampuan mereka di pentas persaingan yang sihat.

Aktiviti sukan bukan sahaja membina kecergasan fizikal, malah ia adalah instrumen penting dalam pembentukan karakter. Melalui setiap langkah dan titisan peluh di trek merentas desa ini, anak-anak kita belajar tentang erti kecekalan, disiplin, dan daya tahan. Inilah modal insan yang ingin kita lahirkan—individu yang bukan sahaja berpengetahuan, tetapi juga mempunyai sahsiah yang kental untuk mendepani cabaran masa hadapan.

Kepada para atlet dari seluruh pelosok negeri Sarawak, anda semua adalah juara di hati kami. Teruskan berjuang dengan semangat kesukanan yang tinggi dan jadikan pengalaman di SMK Belawai ini sebagai memori indah yang mematangkan diri. Kepada para guru, jurulatih, dan ibu bapa, terima kasih atas pengorbanan serta sokongan tanpa henti dalam memastikan anak-anak syurga kita ini terus melangkah jauh.

Akhir kata, saya mendoakan agar kejohanan ini berjalan dengan lancar dan mencapai matlamatnya. Semoga usaha murni kita dalam memartabatkan pendidikan khas di Bumi Kenyalang ini terus diberkati.

Selamat bertanding dan syabas kepada semua!

Sekian, terima kasih.

“FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH” “PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA”
Program Flow

Atur Cara Kejohanan

Jadual lengkap aktiviti sepanjang hari

Sesi Pagi
6:00 pagi
Pegawai bertugas mengambil tempat masing-masing
6:00 pagi - 7:00 pagi
Pemanasan
6:30 pagi - 7:00 pagi
Pendaftaran peserta mengikut kategori
7:00 pagi - 7:15 pagi
Taklimat keselamatan PT dan PDRM
7:30 pagi
Pelepasan: Bawah umur 19 tahun (Terbuka Lelaki) 8KM
7:35 pagi
Pelepasan: Bawah umur 19 tahun (Terbuka Perempuan) 6KM
7:40 pagi
Pelepasan: Bawah umur 15 tahun (Terbuka Lelaki) 6KM
7:45 pagi
Pelepasan: Bawah umur 15 tahun (Terbuka Perempuan) 6KM
7:50 pagi
Pelepasan: Bawah umur 12 tahun (Terbuka Lelaki) 4KM
7:55 pagi
Pelepasan: Bawah umur 12 tahun (Terbuka Perempuan) 4KM
9:30 pagi
Selesai larian
Sesi Penutupan
10:30 pagi
Peserta berkumpul di tempat majlis penutupan
10:45 pagi
Ketibaan JK Pengelola dan Jemputan
11:00 pagi
Ketibaan Perasmi disambut Persembahan Tarian (5 minit)
11:05 pagi
Nyanyian Lagu "Negaraku" dan "Ibu Pertiwiku"
11:08 pagi
Bacaan doa
11:10 pagi
Ucapan Alu-aluan Encik Mohd Yusri Azhar bin Abdullah @ Leo Takip, Pegawai Pendidikan Daerah Daro selaku Pengerusi Pengelola Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026
11:20 pagi
Ucapan Perasmian Penutupan oleh YBrs. Encik Omar bin Haji Mahli, Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
11:30 pagi
Persembahan SMK Belawai
11:40 pagi
Penyampaian sijil penghargaan kepada Pengetua SMK Belawai, wakil Guru Besar (Ketua Zon) sekolah-sekolah kelompok Zon Tanjung Manis sebagai pengelola bersama
11:45 pagi
Penyampaian sijil penghargaan kepada wakil PDRM, JPAM, RELA, Klinik Kesihatan Tanjung Manis
11:50 pagi
Penyampaian sijil dan hadiah kepada pemenang - Kategori bawah 12 tahun perempuan
11:55 pagi
Penyampaian sijil dan hadiah kepada pemenang - Kategori bawah 12 tahun lelaki
12:00 tengah hari
Penyampaian sijil dan hadiah kepada pemenang - Kategori bawah 15 tahun perempuan
12:05 tengah hari
Penyampaian sijil dan hadiah kepada pemenang - Kategori bawah 15 tahun lelaki
12:10 tengah hari
Penyampaian sijil dan hadiah kepada pemenang - Kategori bawah 19 tahun perempuan
12:15 tengah hari
Penyampaian sijil dan hadiah kepada pemenang - Kategori bawah 19 tahun lelaki
12:20 tengah hari
Johan Keseluruhan Kategori Bawah 12 Tahun
12:25 tengah hari
Johan Keseluruhan Kategori Bawah 15 Tahun
12:30 tengah hari
Johan Keseluruhan Kategori Bawah 19 Tahun
12:35 tengah hari
Penyampaian Piala Pusingan - Juara Keseluruhan
12:40 tengah hari
Pengumuman Atlet Sarawak ke KMDPK MSSM 2026
12:45 tengah hari
Penyampaian Cenderamata Perasmi
12:50 tengah hari
Sesi bergambar
1:00 tengah hari
Majlis Jamuan

Jawatankuasa

JAWATANKUASA INDUK
  • Penaung: YBrs. Encik Omar bin Haji Mahli, Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
  • Pengerusi Bersama: Encik Ahmat Daud bin Haji Lugom, Ketua Penolong Pengarah Kanan, SPK, JPNS
  • Pengerusi Bersama: Encik Mohd Yusri Azhar bin Abdullah @ Leo Takip, Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Daro
  • Pengerusi Bersama: Encik Lau Ngie Tung, Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Sarikei
  • Timbalan Pengerusi: Encik Mohammad Latif bin Rapili, Pengetua, SMK Belawai
  • Timbalan Pengerusi: Puan Nancy anak Ngumbang, Timbalan PPD, Sektor Pembelajaran, PPD Daro
  • Timbalan Pengerusi: Encik Ahmad Fauzol bin Serail, Timbalan PPD, Sektor Pembangunan Bakat Murid
  • Penyelaras Negeri: Puan Fortuna Binti Haji Jali, Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Khas, JPNS
  • Penyelaras Negeri: Dr. Haji Mohamad Taha bin Abol, Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Khas, JPNS
  • Penyelaras Daerah: Encik Hakiman bin Sahari, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pendidikan Khas, PPD Daro
  • Penyelaras Daerah: Encik Abdul Malek bin Abdul Wahap, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pendidikan Khas, PPD Daro
  • Penyelaras Daerah: Encik Rudy bin Ladi, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pembangunan Bakat Murid, PPD Daro
  • Pengerusi Pengelola Bersama: Encik Mohammad Latif bin Rapili, Pengetua SMK Belawai
  • Pengerusi Pengelola Bersama: Semua Guru Besar, Sekolah-sekolah Kelompok Zon Tanjung Manis
  • Pengerusi Pengelola Bersama: YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Belawai
  • Penyelaras Kejohanan: Encik Vinecy Chang Bee Chai, Penyelaras PPKI SMK Belawai
  • Penyelaras Majlis Penangguhan: Encik Vinecy Chang Bee Chai, Penyelaras PPKI SMK Belawai
  • Penyelaras Orang Kenamaan: Ayub bin Hassim, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Perancangan, PPD Daro
  • Penyelaras Perhubungan Luar: Encik Rody bin Bujang, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pendidikan Swasta, PPD Daro
  • Setiausaha: Encik Hakiman bin Sahari, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pendidikan Khas, PPD Daro
  • Setiausaha: Norzaimah binti Yahya, SISC+ (BAHASA) SPb, PPD Daro
  • Bendahari: Hajibah binti Mohd Kabir, PPD Daro
  • Bendahari: Hamjah bin Kiprawi, PPD Daro
  • Bendahari: Kerani Kewangan SMK Belawai

KETUA: Nurhaimi binti Abdul Rahman (SK Bawang Tian)
AJK: Khairul Nisa binti Mohammad Baseri (SK Abang Gesa) 19 TKB L
AJK: Norazasima binti Sidit (SK Hijrah Badong) 19 TKB P
AJK: Dayangku Nurul Liyana binti Awang Muda Hashim (SK Bruan Mapal) 15 TKB L
AJK: Dayang Laila Shahril binti Abang Ismail (SMK Belawai) 15 TKB P
AJK: Dayangku Farah Yasmin binti Awang Muda Hassim (SK Hijrah Badong) Kategori 12 TKB L
AJK: Normala binti Musa (SMK Semop) 12TKB P

AJK: Cikgu Abu, Cikgu Tan

Ketua: Ustaz Zaki
AJK: Pekerja Kebersihan Sekolah

Ketua: Puan Salmah
AJK: Ahli PIBG

KETUA: Edi Harianto bin Suyadi (SK Abang Gesa)
AJK: Kho Siaw Hui (SK Camporan)
AJK: Afiq Dzulfiqar bin Abdul Malek (SK Bruan Mapal)

Ahli: Dr. Haji Mohamad Taha bin Abol
Ahli: Fortuna binti Haji Jali, Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Khas, JPNS
Ahli: Afiq Dzulfiqar bin Abdul Malek, Pengerusi Teknik Pembangunan Sukan Sarawak (PTPS)
Ahli: Hakiman bin Sahari
Ahli: Abdul Malek bin Abdul Wahap, Penolong PPD, Unit Pendidikan Khas, PPD Daro
Ahli: Encik Rudy bin Ladi, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pembangunan Bakat Murid, PPD Daro

Pegawai Teknikal: Afiq Dzulfiqar bin Abdul Malek (SK Bruan Mapal) PTPS Negeri Sarawak
Pegawai Teknikal: Daud bin Ahmad (SK Abang Gesa) PT Daerah Daro
Pegawai Teknikal: Rudy bin Ladi (PPPD, Unit Sukan, PPD Daro)

KETUA: ALLAWEE BIN HJ. SIDEK (GB SK Abang Gesa)
AJK: Ahmad bin Jemain (SK Abang Gesa)
AJK: Daud bin Ahmad (SK Abang Gesa)
AJK: Mohammad Hafiz bin Shamsudin (SK Abang Gesa)
AJK: Zubair bin Kassim @ Musaddat (SK Abang Gesa)
AJK: Mohamad Norizan bin Mohammad (SK Abang Gesa)
AJK: Muhammad Aiman Safwan bin Imran (SK Abang Gesa)

KETUA: Vinecy Chang Bee Chai
AJK: Hazina binti Hasli
AJK: Dayang Laila Shahril binti Abang Ismail
AJK: Dyg Siti Shafarriah binti Awang Salihin
AJK: Mary Isabel Ting Hui Peng
AJK: Mazyiah binti Morni

KETUA: HISYAMUDDIN BIN AHMAD RANI (GB SK Bayang)
AJK: Norazibah binti Ekni (PK KK SK Bayang)
AJK: Klinik Kesihatan Belawai
AJK: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
AJK: Guru Penasihat (1) dan Pelajar PBSM (5) SMK Belawai

KETUA: Muhammad Aizuddin bin Harif (SMK Belawai)
AJK: Nur Mardiana binti Kamri (SMK Belawai)
AJK: Nik Zuniela Hanis binti Nik Mohamad Mokhtar (SK KG Penipah) Bahasa Isyarat

KETUA: MOKHTAR BIN IBRAHIM (GB SK Sebako)
AJK: Siti Maisarah bt Ab Latif
AJK: Alfoy Dimo
AJK: Afiq Adha bin Abdul Aziz
AJK: Pekerja Pembersihan SMK Belawai

KETUA: Sollehah binti Wahab (PPD Daro)
AJK: Frezah binti Wet (PPD Daro)
AJK: Nur Shima binti Sehleh @ Salleh (PPD Daro)
AJK: Salina binti Sulaiman (PPD Daro)

KETUA: Dzulkarnain bin Ali Yusop (PPD Daro)
AJK: Mohammad Hafiq bin Weini (PPD Daro)
AJK: Abusamah bin Keluni (SMK Semop)

KETUA: Muhd. Nabilfiqri Fathullah bin Abdul Razak (SMK Belawai)
AJK: Norafizam bin Reduan (SMK Belawai)
AJK: Mohammad Azhar bin Zainalabidin (PPD Daro)

KETUA: Rody bin Bujang (PPD Daro)
AJK: Hakiman bin Sahari (PPD Daro)
AJK: Hjh. Saniah binti Merzuki (PPD Daro)
AJK: Hassim bin Maliki (PPD Daro)

Ahli: Hassim bin Maliki (PPD Daro)
Ahli: Afiq Dzulfiqar bin Abdul Malek (SK Bruan Mapal)
Ahli: Daud bin Ahmad (SK Abang Gesa)
Ahli: Abdul Malek bin Abdul Wahap (PPD Daro)

KETUA: Rivelino Don anak Junggai (PPD Daro)
AJK: Noorzeanna binti Yusop (PPD Daro)
AJK: Nicholas Wan Saba anak Rivelino Don (LI PPD Daro)

KETUA: Sollehah binti Wahab (PPD Daro)
AJK: Abusamah bin Keluni (SMK Semop)

KETUA: Norzaimah binti Yahya (PPD Daro)
AJK: Siti Masmah binti Bohari (PPD Daro)

KETUA: Nancy anak Ngumbang
AJK: Saniah binti Merzuki (PPD Daro)
AJK: Amira Nurhida binti Rolahi (PPD Daro)
AJK: Tang Mee Lay (SIP+ PPD Daro)
AJK: Semua Penolong Kanan SMK Belawai
AJK: Semua GB Sekolah Kelompok Zon Tanjong Manis

KETUA: Muliadi bin Hud (PK KK SMK Belawai)
AJK: Ayub bin Hassim (PPD Daro)
AJK: Norhayati binti Julaihi (PK Hem SMK Belawai)
AJK: Mohamad Termizi Tarzan (PK Pentadbiran SMK Semop)
AJK: Hasanah binti Narawi (KPT SMK Belawai)
AJK: Salehah binti Mohd. Sulaiman (PM SMK Belawai)

KETUA: Allawee bin Hj. Sidek (YDP PIBG SMK Belawai)
AJK: Ahli PIBG 1 SMK Belawai
AJK: Ahli PIBG 2 SMK Belawai
AJK: Ahli PIBG 3 SMK Belawai
AJK: Ahli PIBG 4 SMK Belawai

KETUA: Allawee bin Hj. Sidek (YDP PIBG SMK Belawai)
AJK: Ahli PIBG 1 SMK Belawai
AJK: Ahli PIBG 2 SMK Belawai
AJK: Ahli PIBG 3 SMK Belawai
AJK: Ahli PIBG 4 SMK Belawai

Ahli: Ismail bin Majelis (PPD Daro)

Ahli: Dzulkarnain bin Ali Yusop
Ahli: Mohammad Zulfadli bin Seddek

KETUA: Ramzi bin Junai (Guru Besar, SK OKMP)
AJK: Saidin bin Bujang
AJK: Spencer Ngata anak Sibat
AJK: RELA
AJK: PDRM
AJK: APM
AJK: Pengawal Keselamatan Sekolah

KETUA: Hirman bin Hossen (GB SK Abang Buyuk)
AJK: Dolli bin Dol (SK Abang Buyuk)
AJK: Humaira binti Gawing (SK Abang Buyuk)

KETUA: Rody bin Bujang (PPD Daro)
AJK: Hakiman bin Sahari (PPD Daro)
AJK: Ting Siao Hee (UPK,PPD Sarikei)
AJK: Leisa binti Yusuf (UPK,PPD Sarikei)

KETUA: VINECY CHANG BEE CHAI
AJK: Nur Syaidah Zakiah binti Halim
AJK: Florence Mindat anak Dennis

KETUA: Afiq Dzulfiqar bin Abdul Malek (PTPS Sarawak- SK Bruan Mapal)
AJK: Daud bin Ahmad (SK Abang Gesa, PT Daerah Daro)
AJK: Rudy bin Ladi (PPPD, Unit Sukan, PPD Daro)

KETUA: Hisyamuddin bin Ahmad Rani (GB SK Bayang)
AJK: Mohamad Rizzal bin Wahab (PK Hem SK Bayang)
AJK: Mohd. Hairuhaswandi B. Mohd. Affandi (SK Bayang)
AJK: Muhammad Shahir bin Shamdin (SK Bayang)
AJK: Mohammad Hafiz bin Shamsudin (SK Abang Gesa)
AJK: Mohamad Faizul Bin Latif (PPD Daro)
AJK: Mohammad Aizul Afizan bin Kardi (SMK Belawai)
AJK: Faris Fadli bin Tambi (SK Tanjong Manis)
AJK: Awang Jay Azia bin Awang Gapar (SK Abang Buyuk)
AJK: Mohammad Khairul Sya'fiq bin Lai (PPD Daro)

KETUA: Masni bin Mahdi (PKPK SK Hijrah Badong)
AJK: Nor Fadzlyin binti Geriem (SK Hijrah Badong)
AJK: Nur Azmina binti Othman (SK Hijrah Badong)
AJK: Nur Afifah binti Mohd Asri (SK KG Penipah)
AJK: Amerulzakry bin Ali (SK Bruan Mapal)
AJK: Nik Nur Atiqah binti Mohd Nasir (SMK Matu)
AJK: Sabrina binti Sabri (SMK TPDPHN)

KETUA: Rudy bin Ladi (PPD Daro)
AJK: Abdul Malek bin Abdul Wahap (PPD Daro)
AJK: Mohammad Norizan bin Mohammad (SK Abang Gesa)
AJK: Yasmin Huzaimah binti Aladdin (SK Abang Gesa)
AJK: Humaira binti Gawing (SK Abang Buyuk)
AJK: Juriah binti Hakim (SK Abang Galau)
AJK: Mohammad Suffian bin Derahim (SK Camporan Daro)
AJK: Norman bin Samion (SK KG Penibong)
AJK: Ismail bin Yusup (SK Kuala Matu)

Pelepas: KPPK/KPPD/YB
Pen Pelepas: Rody bin Bujang (PPPD, PPD Daro)

KETUA: Ayub bin Hassim (PPPD, PPD Daro)
AJK: Hassim bin Maliki (SISC+, PPD Daro)

KETUA: Muhd Tarmidzee Khuzaimy Robert Abdullah (GB SK Tanjong Manis)
AJK: Abdullah bin Tai (PK1 SK Tanjong Manis)
AJK: Hassan bin Kipli (PK Hem SK Tanjong Manis)
AJK: Mohammad Shukri bin Abdul Halim (PK KK SK Tanjong Manis)

KETUA: Masaad bin Ahmad Rais (GB SK Stalon)
STESEN 1: Dharma Harun bin Abdul Kadir (SK Stalon)
CP 1: 2 KM: David Usih anak Reba (SK Stalon)
CP 2: 3 KM: Jessie Ezetty binti Julis (SK Stalon)
CP 2: 3 KM: Mohamad Norizan bin Mohammad (SK Abang Gesa)
CP 3: 4KM: Dharma Harun bin Abdul Kadir (SK Stalon)

KETUA: Nurhaimi binti Abdul Rahman (SK Bawang Tian)
AJK: Khairul Nisa binti Mohammad Baseri (SK Abang Gesa) 19 TKB L
AJK: Norazasima binti Sidit (SK Hijrah Badong) 19 TKB P
AJK: Dayangku Nurul Liyana binti Awang Muda Hashim (SK Bruan Mapal) 15 TKB L
AJK: Dayang Laila Shahril binti Abang Ismail (SMK Belawai) 15 TKB P
AJK: Dayangku Farah Yasmin binti Awang Muda Hassim (SK Hijrah Badong) Kategori 12 TKB L
AJK: Normala binti Musa (SMK Semop) 12TKB P

Pelan Laluan Larian

Peta 4KM

Laluan untuk kategori Bawah 12 Tahun

Peta 6KM

Laluan untuk kategori L15/P19

Peta 8KM

Laluan untuk kategori L19

Sistem Digital

Akses Pantas & QR

Imbas atau Klik pada kad di bawah

E-Buku Program
Muat Turun PDF
Login AJK
Masuk Sistem
Keputusan Live
Semak
Peta Interaktif
Buka Waze

Sekalung Penghargaan

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan KMDPK 2026.

Atas